Tuesday 17 April 2012

SPR : Hanya 0.3 % yang meragukan




Hanya 42,000 atau 0.3 peratus daripada 12.6 juta pemilih yang layak mengundi diklasifikasikan sebagai pengundi yang meragukan setelah rekod mereka didapati meragukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Hanya jumlah peratusan yang kecil sahaja merupakan pengundi meragukan jadi kita tidak boleh mengatakan SPR tidak telus dalam menjalankan tugas. Negara kita adalah antara negara yang bersih dalam melaksanakan proses pembersihan daftar pemilih ini

Kita perlu berlaku adil dengan SPR, jangan hanya menjadikan jumlah 0.3 peratus itu sebagai satu kesimpulan mengatakan SPR itu kotor.

SPR tidak ada kuasa untuk mengeluarkan nama pengundi daripada daftar tanpa pengesahan yang betul kerana EC’s hands are tied’ dan ‘we cannot simply change people’s name, we cannot simply change people’s address.

Pada masa yang sama kesal dengan pendirian Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mahu meneruskan perhimpunan dan menjadikan SPR sebagai sasaran kononnya suruhanjaya itu tidak telus dalam menjalankan tugas.

Apa yang dinyatakan oleh SPR adalah suatu kenyataan yang amat berani dan bertanggungjawab walaupun peratusan jumlah pengundi yang meragukan amat kecil. Janganlah pula pembangkang melabelkan SPR sebagai tidak telus dan tidak amanah ketika mengandalikan pilihanraya kelak.

Tahun 2008 sebagai bukti yang jelas dan nyata, pembangkang mampu mengusai beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Kenapa ianya tidak dipersoalkan?

Apa yang pembangkang mahukan tidak lain dan tidak bukan hanyalah berdemontrasi. Tujuannya pula adalah untuk menarik minat/perhatian/simpati negara luar seolah-olah Malaysia sedang berlaku angin perubahan.

Ingatlah Malaysia bukannya Syria, Mesir, Lubnan, Indonesia ataupun negara-negara yang menggunakan jalanraya sebagai jalan penyelesaian.  



Salam Perjuangan

" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "



Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Majlis Kerja Tertinggi Gerakan 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.



UNTUK BELIA 36 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"
 
 

No comments:

Post a Comment