Tuesday 10 April 2012

Pindaan Akta : Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEREMBAN


 
Pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat di sini, hari ini.


Antara pindaan pada Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong termasuk memperluaskan sempadan bagi orang ramai yang menunggu atau berdiri berdekatan dengan pusat mengundi pada hari pengundian, kecuali bagi mereka yang mahu mengundi daripada 50 meter pada masa kini kepada 100 meter.


TEMPAT MENGUNDI - PUSAT MENGUNDI
 
Di bawah pindaan dalam subfasal 8(c), perkataan "tempat mengundi" yang kini digunakan, akan digantikan dengan "pusat mengundi".

 
 
DIBUANG - DITANDA
 
Fasal 3 bertujuan untuk meminda Seksyen 4 dengan menggantikan perkataan "dibuang" dengan perkataan "ditandakan" bagi mengelakkan perkataan "dibuang" digunakan dalam teks bahasa kebangsaan, kerana perkataan "dibuang" boleh membawa kepada takrifan negatif kepada sesuatu pilihan raya.

Fasal 5 pula bertujuan untuk meminda pada Seksyen 14 adalah bagi menghapuskan kehendak mandatori bagi seseorang ejen pilihan raya seseorang calon untuk melantik mana-mana ejen tempat mengundi atau ejen mengira.
 
Diharap kepada bakal mengundi jangan sia-siakan peluang ini demi masa depan negara kita tercinta. 
 
 
Salam Perjuangan
 
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Di Kalahkan"
 
 
 
 
Wan Salwati Hj. Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bah.Seremban 
Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan.
 
 
UNTUK BELIA 43 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"

No comments:

Post a Comment