Sunday 8 April 2012

Mansuh PTPTN : Boleh Mufliskan Negara




Tindakan penuntut institut pengajian tinggi mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman di bawah skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak masuk akal dan merupakan agenda politik parti pembangkang untuk meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun pembangkang berjanji untuk menghapuskan PTPTN, namun ia tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini.


Ini kerana, ia mengundang kepada banyak masalah, terutama menjejaskan sistem pendidikan negara dan boleh menyebabkan negara menjadi muflis.


Isu itu sengaja ditimbulkan oleh parti pembangkang sebagai agenda politik menjelang pilihan raya umum ke-13


Ingat, jangan kita mudah tertipu dan terpedaya.


Salam Perjuangan 



"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "

Wan Salwati Hj.Abdullah

Pegawai Khas Menteri Belia & Sukan Malaysia.
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban.
Majlis Kerja Tertinggi Gerakan 4B Malaysia.
Presiden Majlis Belia Negeri, N. Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.








 

No comments:

Post a Comment