Puteri UMNO
Hairan Pas Lebih Suka Lihat Perpecahan Orang Melayu
Puteri UMNO tidak setuju dengan kenyataan anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad bahawa perpecahan undi dalam kalangan orang Melayu adalah baik kepada rakyat negara ini.Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Puteri UMNO hairan dengan tindak-tanduk pemimpin Pas yang gemar kepada perpecahan dan permusuhan malah dalam banyak keadaan mereka lebih rela bekerjasama dengan bukan Islam sehingga mengetepikan penyatuan orang Melayu beragama Islam di negara ini.
Semalam, Dzulkefly berkata perpecahan undi dalam kalangan orang Melayu harus dilihat sebagai satu kebaikan dan hikmah, malah mampu menjadikan rakyat Negara ini matang dalam membuat pemilihan terbaik pada pilihan raya umum.
Menurutnya perpecahan itu akan menyebabkan tiada pihak yang terlalu berkuasa dan berpeluang mengumpul kekayaan.
Rosnah berkata kenyataan itu menggambarkan Dzulkefly bangga dengan perpecahan undi Melayu di negara ini hingga menyebabkan ada negeri jatuh serta dikuasai parti bukan Melayu dan nasib Melayu terpinggir dan tidak terbela.
“Sudah tiba masanya orang Melayu bermuhasabah diri dan merenung secara mendalam setiap kenyataan yang dibuat pemimpin beragama Islam, berbangsa Melayu tetapi lebih suka melihat Melayu berpecah sedangkan Barisan Nasional bersusah payah mahu menyatukan Melayu bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara,” katanya
Nota : Puteri UMNO Online.
No comments:
Post a Comment