Wednesday, 28 March 2012

Disebalik Cerita Kunjungan Puteri ke Sikamat


SEREMBAN


Salam Perjuangan dan Salam Paradigma Srikandi

Disini ingin saya coretkan cerita, rintihan, kekesalan serta kehampaan yang diluahkan oleh pakcik-pakcik dan makcik-makcik dalam siri Kunjungan Ziarah Kasih Puteri (KZKP) Umno Bahagian Seremban di Dun Sikamat baru-baru ini.

Bukan tujuan saya untuk mencari nama, bukan tujuan saya ingin menjuarai masalah rakyat tetapi apa yang ingin saya sampaikan adalah untuk perkongsian kita bersama serta saling mengambil berat masalah rakyat dan tidak bertujuan untuk menuding jari kepada sesiapa pun.

Saya mengambil pendekatan muhasabah diri, penuh kesederhanaan dan saya mengingatkan diri saya sendiri serta barisan kepimpinan yang sedia ada agar, janganlah mereke-mereka ini yakni rakyat dibawah sana tersisih, dilupai dan dibiarkan begitu sahaja kerana ada diantara mereka yang kurang bernasib baik yang memerlukan pertolongan/bantuan dan keperihatinan kita. Cukuplah sekadar bertanya khabar, menyampaikan berita atau berkunjung mesra dalam ertikata dan pendekatan "touch point".

Secara jujurnya, semasa kunjungan ini dibuat, rata-rata mereka menyatakan kekesalan yang tidak terhingga bukan sahaja kepada kakitangan agensi kerajan malah kepada kita (orang-orang UMNO) yang telah diamanahkan oleh kepimpinan dan pucuk pimpinan parti untuk mendapingi rakyat.

Mereka tidak marahkan UMNO, mereka tidak bencikan UMNO malah mereka sayang dan cintakan UMNO tetapi selepas dipujuk untuk menyatakan perkara sebenar barulah saya faham dan memahami perkara sebenar.

Kenyataan yang diberikan mereka mempunyai kebenaranya sebagai contoh seorang pakcik yang dilawati semalam telah jatuh sakit hampir lebih 5 tahun tetapi sehingga semalam tiada siapa pun dari pihak kita (UMNO) datang menziarah atau menghulurkan bantuan. Pakcik ini amat terharu dan ini adalah kunjungan pertama yang diterimanya selepas 5 tahun menderita.

Selain daripada pakcik ini, salah seorang daripada mereka iaitu Ibu Tunggal yang dilawati amat berterima kasih diatas kunjungan yang telah dibuat. Luahannya juga hampir sama. Kekesalan yang dikatakan juga ada asasnya. Ibu tunggal ini juga tidak marahkan UMNO, dia juga tidak bencikan UMNO. Dia sayangkan UMNO seperti kita tetapi yang mengecewakan beliau adalah "kader-kader" UMNO yang lebih suka berpolitik, mengampu, hilang entah kemana dan muncul kembali apabila menjelang pilihanraya.  Inilah yang saya katakan "budaya politik lama" yang dipraktik dan digunapakai oleh orang UMNO. Seharusnya kita (UMNO) peka dan menjuarai masalah rakyat.

Sehinggakan lawatan kerja Perdana Menteri ke Sikamat tempoh hari pun tiada siapa yang memberitahu atau memaklumkan kepadanya. Sudah pasti ada masyarakat dan rakyat di Dun Sikamat juga tidak diberitahu seperti ibu tunggal ini. Termenung dan sedih saya apabila mendengar apa yang dinyatakan. Maksud Trasformasi tidak sampai kepada "kader-kader" UMNO dan saya yakin di tempat lain juga mengalami perkara dan masalah yang sama seperti di Dun Sikamat.

Ingatlah, kita adalah jambatan dan pemudah cara bagi rakyat dengan Jabatan/Agensi Kerajaan. Ibu tunggal ini menyatakan, sehingga sekarang masih tidak memperolehi sebarang bantuan dari mana-mana pihak. Permohonan telah banyak kali dibuat tetapi tiada sebarang maklum balas. Insyallah Puteri akan membantu.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban tidak menyalahkan sesiapa. Kami juga terlepas pandang mereka yang memerlukan bantuan. Selama ini maklumat dan perkara-perkara seperti ini tidak sampai kepada pihak Puteri. Tetapi diatas kesedaran dan maklumat yang diperolehi, maka Puteri akan terus bergerak  dan menziarahi serta mendampingi mereka. Kepada mereka yang mempunyai maklumat, bolehlah emailkan kepada srikandimasyarakat@yahoo.com. Insyallah setiap maklumat akan diambil perhatian dan tindakan susulan.

Oleh itu, ingin saya nasihatkan kepada diri saya sekali lagi dan para pembaca (pendukung/pencinta UMNO) agar bertukarlah, berubahlah kearah Transformasi sebenar dalam cara pemikiran dan kaedah pendekatan kita. Kita dimedan tempur untuk memenangi hati rakyat. Janganlah kita di takuk lama. SAYANGILAH UMNO.

Salam Perjuangan


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia


Untukmu Belia 56 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"


2 comments:

  1. adakah aduan / maklumat dari orang mcm saya akan di terima and adakah Puan hanya mengambil aduan dari orang kawasan Sikamat sahaja?...email saya zaitgha@gmail.com, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaitgha...menetap di DUN mana? minta nyatakan butiran diri. t.kasih

      Wan Salwati Hj.Abdullah...

      Delete