Mereka-mereka yang tidak pernah merasai nikmat kesyukuran. Adakah ini yang dimahukan oleh pihak pembangkang dengan memperguna dan menghasut rakyat agar melakukan perkara yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara.
Saturday, 28 April 2012
BERSIH 3.0 : Sekitar Dataran Merdeka ( 12 tgh mlm - 1.00 pagi )
Sekitar Dataran Merdeka ( 12 tgh mlm - 1.00 pagi )
Mereka-mereka inilah pemusnah kepada kesejahteraan, ketenteraman serta keamanan yang kita perolehi sebagai rakyat Malaysia yang Merdeka. Janganlah kita berfikiran seperti mereka.
Kepada semua
JANGAN LETAKKAN DIRI ANDA SEBAGAI
SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH YANG MEROSAKKAN KETENTERAMAN DAN KESEJAHTERAAN YANG
ADA DI MALAYSIA.
UNTUK MEMBINA SEBUAH TAMADUN BANGSA MEMERLUKAN BERIBU TAHUN
LAMANYA TETAPI UNTUK MEMUSNAHKANNYA HANYA BOLEH SEKELIP MATA.
BERSIH 3.0 : Peta Lokasi Himpuan dan Perarakan
Kepada mereka yang Anti Bersih 3.0 dan yang mencintai keamanan, ketenteraman dan kesejahteraan dalam hidup di dalam negara yang tercinta ini.
Adalah lebih baik menjauhi atau tidah melalui jalan jalan seperti yang tertera pada peta lokasi BERSIH 3.0 diadakan.
TERKINI BERSIH 3.0 : 300 orang mula ke lokasi
Dataran Merdeka, yang 'diharam' daripada menjadi lokasi penganjur
Bersih 3.0 dan orang ramai berkumpul mulai tengah malam ini, kelihatan
'meriah' apabila kira-kira 300 orang mula mengunjungi lokasi bersejarah
itu menjelang protes Duduk Bantah, esok.
Pun begitu, suasana menjadi gawat apabila ada kelompok penyokong Bersih
3.0 mula bersorak ke arah pegawai polis dan anggota penguat kuasa Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertugas di lokasi tersebut.
Kenderaan yang melalui kawasan ini turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan esok.
BERSIH 3.0 : Kenapa Kuning..Ini jawapanya.
Para peserta Bersih 3.0 yang merancang mengadakan perhimpunan haram di Dataran Merdeka di sini esok akan memakai kemeja-T berwarna kuning - sama seperti yang dipakai oleh pejuang agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Kuning selama ini sinonim dengan perjuangan golongan LGBT serata dunia dalam menunjukkan solidariti mereka menentang undang-undang yang menindas golongan berkenaan.
Antara perhimpunan dan perarakan yang melibatkan golongan itu mengenakan warna kuning termasuk Gay Pride Parade Toronto dan Gay Pride Parade Johannesburg dan Gay Pride Parade London yang dihadiri oleh ribuan penyokong seks bebas itu setiap tahun
Mahkamah mengeluarkan perintah itu secara ex-parte terhadap Bersih 3.0 dan diterima Ambiga kira-kira jam 12.00 tengahari tadi.
TERKINI BERSIH 3.0 : Mereka yang degil...
TERKINI BERSIH 3.0 : Mereka yang degil...
9.53 malam: Suasana sekitar Dataran Merdeka 'meriah' apabila orang ramai datang menyaksikan sendiri kawasan yang diwartakan mahkamah sebagai kawasan larangan.
10.10 malam: Ramai sudah mula buat pr ovokasi ke atas anggota penguat kuasa DBKL dan polis yang bertugas
10.15 malam: Kenderaan-kenderaan yang melalui Dataran Merdeka membunyikan hon tanda sokongan terhadap Bersih 3.0. Kehadiran pengunjung semakin ramai dari semasa ke semasa.
10.20 malam: Dataran Merdeka mula diserbu orang ramai.
10.35 malam: Kumpulan pengunjung di Dataran Merdeka semakin bertambah, kelihatan beberapa anggota polis trafik yang bertugas mula meninggalkan lokasi.
10.36 malam: Laungan 'reformasi' mula kedengaran.
10.36 malam: Provokasi terhadap polis dan DBKL semakin meningkat. Suasana tegang namun anggota polis tenang. Seramai 30 anggota polis mula membuat benteng.

Subscribe to:
Posts (Atom)