“I am…. no politician, leads no party and follow no leader”
– Pendeta Za’ba.
Seorang pejuang tidak akan berkata bahawa mereka adalah
pejuang dan seorang pejuang tidak akan berkata atau meminta, bahawa hargailah
segala pengorbanan dan keresahan ini.
Pendeta Za’ba pemilik nama Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad,
tidak pernah meninggalkan pesan dan wasiat kepada pemimpin yang hidup agar
tiuplah semangat dan pengorbanannya selama ini. Apatah lagi untuk diingati dan
ditauladani.
Namun syukur Alhamdulillah, ada dikalangan sahabat beliau,
mengangkat dan mengabdikan jasa dan pengorbanan ini dalam bentuk memorial yang
sangat meninggalkan kesan dan bermakna.
Tan Sri Samad Idris, pejuang politik yang berasal dari
Negeri Sembilan juga. Beliau merencanakan agar memorial ini dibuat. Memorial
yang di panggil Teratak Za’ba untuk anak-anak Negeri Sembilan khususnya, Negara
amnya, mengkaji dan meneliti siapa sebenarnya Pendeta Za’ba.
Perjuangan tidak akan
selesai selagi kita tidak mencapai titik yang kita kehendaki. Malah titik
pemikiran itu menjangkaui zaman ianya disuarakan bagi mendapatkan keselesaan hari ini.
Di Negeri Sembilan, nama Pendeta Za’ba tidak begitu asing. Mereka kenal Pendeta Za’ba.. tetapi
mereka tidak kenal siapa Tan Sri Zainal
Abidin bin Ahmad. Bukan ADUN Sungai Lui tu.. :)
Saya tidak pasti.. tetapi kemungkinan itu tentunya ada.
Keberangkalian mungkin. Di mana datangnya semangat Pendeta Za’ba yang
sedang ditiup pada generasi muda hari ini?
Beliau bekas pelajar Universiti Malaya pada tahun 1977
sehingga 1979. Bekas Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar. Turut lantang
bersuara dan mengemukakan pendapat mengenai halatuju pelajar Melayu ketika itu.
Membesar sebagai anak yatim dan dibesarkan oleh ibu tunggal,
suri rumah tangga. Pernah melalui kesukaran kelangsungan hidup dan hampir berputus
asa untuk tidak melanjutkan pelajaran akibat desakan hidup, boleh jadi cemuhan
dari rakan-rakan yang lebih bernasib baik darinya selain dari dokongan guru
yang melihat potensi bahawa beliau mampu mengubah nasib susah menjadi senang.
Allah tidak akan menguji seseorang itu jika mereka tidak
tahan diuji. Allah turut tidak memberi seseorang itu rezeki jika seseorang itu tidak pernah ada
rasa syukur di atas pemberianNya. Allah juga melarang untuk kita meminta kepada
manusia lain kerana selayaknya manusia perlu meminta kepada Allah dan tahan
kepada ujian dariNya.
Alhamdulillah, saya yakin beliau seorang yang mensyukuri
nikmat Allah Taala.
Beliau yang dimaksudkan, Dato’ Seri Utama Dr. Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, bekas
ahli korporat yang kini menjawat jawatan penting dalam politik Negeri
Sembilan. Masih tidak terlewat untuk
saya mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah dikurniakan Ijazah Doktor
Falsafah (Kehormat) Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat dari Universiti Islam
Sains Malaysia (USIM), Nilai baru-baru ini.
Menjawat jawatan Menteri Besar selepas pilihanraya umum
2004, beliau tidak menoleh ke belakang lagi apabila banyak perubahan yang
diusahakan dan dilakukan untuk memajukan Negeri Sembilan ini dengan formula
meniup semangat Pendeta Za’ba diusia seawal tujuh tahun sehingga mereka bergelar
mahasiswa.
PENDIDIKAN dan SYIAR
ISLAM
Petikan Gambar : Facebook MBNS
Seperti mana Pendeta Za’ba memperjuangkan pendidikan bangsa
Melayu mesti diperkasakan, begitu lah ianya dilaksanakan diperingkat awalnya.
Apabila mendapati pelajaran Bahasa Inggeris lemah dikalangan pelajar Melayu,
beliau telah membawa tenaga pengajar dari luar mengajar guru-guru di sini secara
insentif.
Segalanya bermula di tahun 2005, Negeri Sembilan tidak
menoleh ke belakang lagi. Dasar Pelajaran diperkasa. Keputusan pelajaran
anak-anak tidak lagi terpinggir seperti tahun sebelumnya di mana kita
berlumba-lumba dengan negeri jiran kepada kedudukan tercorot dan terakhir.
Anak-anak Negeri Sembilan di universiti di pelosok tanahair,
menjadi mahasiswa yang cemerlang di dalam pelajaran. Ketika beliau memperkenalkan
insentif penghargaan kepada Mahasiswa yang mendapat keputusan Ijazah Kelas
Pertama, daripada beribu mahasiswa, hanya tiga orang sahaja mendapat insensif
tersebut.
Beliau berpendapat mustahil tidak ramai yang boleh dapat
keputusan yang cemerlang. Akhirnya, insentif tersebut dilaksanakan setiap tahun
dan ini telah menjadikan mahasiswa anak negeri berlumba-lumba memperbaiki kehidupan
keluarga dengan ilmu.
Tidak cukup itu, Dato’ Seri Utama Dr. Hj Mohamad Hj Hasan,
turut mengtranformasikan pendidikan agama anak-anak di awal usia tujuh tahun
dengan mengilhamkan Kelas agama petang. Di mana beliau mahu anak-anak ini
mendapat bekalan yang cukup apabila dewasa kelak. Beliau mahu anak-anak di
negeri ini mempunyai asas agama yang baik. Pendapat beliau, seandainya mereka
terpilih jalan yang salah, mereka mampu dan segera kembali ke pangkal jalan.
Bukan itu sahaja, pemikiran Menteri Besar menjangkaui apa
yang rakyat biasa tidak fikirkan. Di kala dunia sedang berhadapan dengan dunia
tanpa sempadan atau ‘free globalization’, manusia akan terdorong dengan
pemikiran terkini tanpa rasa bersalah.
Anak-anak negeri ini di hantar melanjutkan pelajaran di
Universiti Timur Tengah dan mempelajari
ilmu Fiqh, Perubatan, Hadis dan sebagainya. Ujar beliau, dengan adanya bijak pandai, kita sudah ada sumber yang tepat untuk dirujuk.
Menteri Besar turut memberi peluang kepada Universiti
tempatan dan luar Negara membuka
cawangannya di sini. Contohnya seperti Universiti Manipal, UCSI,
Universiti As-Sofa yang akan menyediakan Kulliyah Al-Azhar, iaitu salah satu
fakulti yang ada di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Kerajaan Negeri turut membangunkan sebuah menara Islam yang
sedang di dalam pembinaan dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Apabila
ianya siap kelak, menara ini akan menjadi mercu tanda bahawa agama Islam merupakan agama rasmi penduduk di negeri ini.
Sepanjang Menteri Besar mentadbir Negeri Sembilan, sebanyak
16 buah masjid telah di bina dan tiga buah lagi dalam proses pembinaan. Tidak
cukup itu, terdapat beberapa kawasan lagi turut dikenalpasti untuk didirikan
masjid.
Menurut Menteri Besar, fungsi masjid bukan sahaja untuk solat,
tetapi ianya boleh dijadikan pusat melaksanakan aktiviti masyarakat. Cuba kita
fikirkan, jika masjid ini diinstitusikan
dengan aktiviti bermanfaat, sudah pastinya Islam semakin kukuh dan kuat.
PEMBANGUNAN NEGERI
Apabila Menteri Besar
menyediakan pembentukan pembangunan modal insan diusia muda, beliau turut
memandang pembangunan negeri di majukan
dengan terbaik mungkin tanpa negeri ini teringgal dari arus perdana.
Kerajaan Pusat telah meluluskan bahawa Seremban boleh
diiktiraf sebagai sebuah bandaraya menjelang 2013.
Bukan itu sahaja, jaringan jalan raya turut dibuka untuk
meluaskan pasaran pelaburan masuk ke negeri ini.
Menyediakan perumahan mampu milik atau PR1MA di sekitar
Seremban dan hampir dengannya.
Selain daripada itu, kemudahan jaringan pengangkutan
keretapi elektrik turut di panjangkan sehingga ke Rembau. Ini memudahkan
anak-anak negeri ini bekerja di luar Negeri Sembilan menginap bersama ibu bapa
yang sudah uzur di kampong halaman.
DASAR JARINGAN
KESELAMATAN SOSIAL
Tidak pernah terlintas di fikiran kita, bahawa masih ramai
lagi insan dan masyarakat yang perlu di bantu di negeri ini. Ketegasan Menteri
Besar agar Jabatan terlibat, pemimpin kampong dan cawangan mengenalpasti berapa
ramai lagi yang perlu dan mesti dibantu.
Beliau tidak percaya apabila JKM, MAINS menyenaraikan nama
yang tidak sampai 10,000 orang. Akhirnya, dengan kerjasama semua pihak,
Kerajaan Negeri hari ini melalui JKM membantu mereka yang memerlukan berjumlah
RM6.3 juta setiap bulan yang melibatkan 26,000 orang dari bangsa Melayu, Cina
dan India.
DASAR MENYAYANGI
WARGA EMAS
Sifat kasih sayang begitu menebal di hati Menteri Besar.
Pentadbirannya selaku Menteri Besar prihatin di atas nasib yang melanda warga
emas.
Di kala anak muda mengejar untuk mengukuhkan karier
masing-masing di samping menjalani kehidupan yang baru di dalam apa juga bidang
dan menjalani kehidupan berumah tangga, ada dikalangan mereka seperti kacang
lupakan kulit. Ibu bapa yang sudah tua dan uzur dibiarkan merana di kampong.
Adakalanya, anak-anak jarang pulang ke rumah ibu bapa dengan
alasan kesibukan membina kerjaya.
Dasar menyayangi warga emas ini dilancarkan agar generasi
muda prihatin dengan kasih sayang ibu bapa mereka mendidik tanpa jemu.
Inilah sifat kemanusiaan yang perlu dicontohi dan dijadikan
pedoman. Yang muda akan merasi tua.
KESENIAAN DAN
KEBUDAYAAN
Menurut Menteri Besar, aktiviti keseniaan dan kebudayaan
jika kita pandai menilai dan tidak menjadikan ianya satu kelekaan, ia akan
menghasilkan satu perasaan dan suasana yang harmoni dan hidup penuh keceriaan.
Hiburan dan kebudayaan penting untuk kita meringankan beban
fikiran malah ia turut merangsang pemikiran yang kreatif dan inovatif. Dengan
kerjasama Yayasan Negeri, Beliau merancang menubuhkan Okestra Simfoni Muda YNS.
Generasi muda yang berminat dengan kegiatan seni boleh
terlibat secara langsung dan kegiatan seni turut mampu memberikan kehidupan
yang baik.
Beliau turut membudayakan adat perpatih melalui Persukuan
Adat yang berlangsung setiap tahun.
Saya yakin dan percaya, sahabat Pradigma Srikandi turut
bersetuju dan menyokong bahawa, tidak berlebih-lebihan
sekiranya kita mengiktiraf jasa dan bakti Dato’ Seri Utama Dr. Hj Mohamad Hj
Hasan, sebagai Pendeta Za’ba Alaf Baru. Jika tidak pendeta pun.. beliau berusaha mencapai dan hasrat sama apa yang di suarakan dan ditulis Za'ba.
Dari segi pemikirannya, tindak tanduk pentadbirannya,
membangunkan ekonomi negeri ini, membina sahsiah jati diri generasi muda
melalui ilmu agama, ilmu teknologi dan sebagainya.
Pendeta Za’ba hanya satu di Negara ini. Orang mendengar
Pendeta Za’ba. Tetapi mereka tidak kenal siapa Pendeta Za’ba. Siapa Pendeta
Za’ba??
Za’ba hanya nama pena bagi seorang yang berjuang dengan
caranya sendiri. Menulis, mengkritis, mengilham dengan mata pena.
Pemilik nama Za’ba.. lahir di Kampung Bukit Kerdas, Batu
Kikir. Selain daripada Za’ba.. nama pena lain yang sering kali digunakan ialah
Patriot, Anak Melayu Jati, M. Zai dan Zai Penjelmaan. Namun Za’ba lebih
singkat, lebih padat, lebih tepat dan lebih tajam.
Pemilik nama pena Za’ba ialah Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin
Ahmad (ZA’BA). Beliau lahir pada tanggal 30 Jun 1895. Kembali ke Rahmatullah
ketika berusia 78 tahun pada hari Selasa bersamaan 23 Oktober 1973 disebabkan
sakit tua.
Penderitaan beliau bermula dengan penglihatan yang kurang
jelas dan sakit buah pinggang.
Semoga beliau tergolong dengan para sahabat serta alim
ulamak dan tergolong dengan golongan mukmin sejati. Al-Fatihah Amin.
PERJUANGAN Za’ba
PENDIDIKAN
Za’ba berpendapat faktor utama menyebabkan berlakunya
kemunduran dalam kalangan orang Melayu adalah kelemahan mereka dalam
pendidikan.
Za’ba amat menyedari bahawa pendidikan adalah agen perubahan
social yang sangat penting. Pada pendapatnya, ilmu dan pengetahuan ialah punca
sekelian jalan yang diatasnya diterbitkan pensejataan dan kelengkapan untuk
membantu jalan-jalan yang lain. Hal ini menyebabakan Za’ba cuba menjelaskan
erti ilmu dan pengetahuan.
Dalam mencari ilmu, orang Melayu haruslah bermula daripada
tahap serendah-rendahnya sehingga ke tahap yang paling tinggi ilmu yang ada di
dunia. Ilmu yang dituntut oleh orang Melayu adalah berdasarkan kemahiran dan
juga berdasarkan kerohanian. Justeru Za’ba menyarankan orang Melayu agar
menggunakan ilmu yang dituntut untuk kemajuan dunia dan kebahagiaan akhirat.
Za’ba juga memberi penekanan kepada penguasaan bahasa asing
selain bahasa sendiri. Kepentingannya sebagai satu sumber atau perantaraan
untuk membolehkan sesuatu masyarakat itu bukan sahaja sekadar memahami
masyarakat sendiri, tetapi juga masyarakat lain. Za’ba menyarankan orang-orang
Melayu berpengetahuan dalam bahasa Arab demi kesempurnaan beragama dan
berbahasa Inggeris untuk mendapat ilmu sesuai dengan kehendak zaman.
Jika diteliti daripada hasil penlisan Za’ba, apa yang
tersirat ialah Za’ba mahu mewujudkan university berasaskan konsep Melayu dan
Islam. Pada pendapat beliau, penubuhan Universiti itu harus bermula dengan wujudnya
sekolah-sekolah yang sempurna, secular dan agama, kolej-kolej seperti kolej
Islam dan akhir sekali mewujudkan sebuah university yang member penekanan
kepada secular dan agama.
Tegasnya, kehendak Za’ba adalah supaya Inggeris mewujudkan
university di Tanah Melayu untuk orang Melayu dan muslim dan mahukan pelajaran
dunia dan pelajaran akhirat tergabung dalam konsep tersebut.
Cita-cita dan harapan Za’aba ini akhirnya terbenih dalam
tahun 1983 iaitu lahirnya Universiti Islam Antarabangsa tetapi bahasa pengantarnya
bahasa Inggeris bukan bahasa Melayu sepertu yang diperjuangkan oleh Za’ba
sepanjang hajatnya. Hal ini berlaku sedekad selepas Za’ba kembali ke
Rahmatullah.
EKONOMI
Dasar pemikiran Za’ba tentang ekonomi ialah kemunduran orang
Melayu daripada segi kebendaan dan rohani. Jika ditinjau keterlibatan Za’ba
dalam memperkatakan masalah ekonomi Melayu, di sepanjang penulisannya Za’ba
salah seorang penulis yang serius dan peka tentang perkara tersebut.
Antara istilah yang sering diguna pakai ialah kemunduran,
kejatuhan dan kelemahan. Mulai tahun 1927 (al-ikhwab terbitan bulan Mac-Mei)
beliau menggunakan istilah kemiskinan dan ungkapan sengsara, kepapaan bagi
mengantikan istilah kemunduran yang sering digunakannya sebelum ini.
Definasi kemiskinan Za’ba meliputu aspek kebendaan dan
kerohanian. Pada pandangan Za’ba, berbanding kedua-dua aspek tersebut
kemiskinan orang Melayu yang utama adalah ‘kemiskinan perangai’. Menurut
beliau, ‘kemiskinan perangai’ ini perlu diubati terlebih dahulu. Seandainya
penyakit ini tidak sembuh nescaya orang Melayu akan terus kekal dalam keadaan
sedemikian iaitu tidak mempunyai kekuatan ekonomi.
Berhubung dengan kekuatan ekonomi, beliau menyatakan bahawa
kekuatan ekonomi amat penting untuk mendapat kejayaan dan jkebebasan bangsa
yang sebenarnya. (Al-ikhwan, 1927)
KEAGAMAAN
Pada zama kecilnya, Za’ba mendapat pendidikan agama yang
sempurna walaupun pengajiannya bersifat tradisional. Beliau juga Berjaya
menguasai asas-asas bahasa Arab. Pengetahuannya tentang agama sejajar dengan kehendak
ayahnya dan keperluan adat Linggi.
Pada pandangan Za’ba masalah terbesar dalam kalangan orang
Melayu walaupun sudah 600 tahun memeluk agama Islam tetapi mencampuradukkan
ajaran Islam dengan kepercayaan zaman sebelum Islam iaitu animism dan agama Hindu.
Orang Melayu masih mengamalkan ilmu guna-guna, tangkal,
upacara korban dan adakalanya perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Kesemua ini berlaku kerana menurut Za’ba orang Melayu tidak
memahami konsep iman dan ajaran Islam yang sebenarnya. Akibatnya keyakinan
serta amalan mereka terpesong. Orang Melayu menerima ajaran al-Quan dan Hadis
Rasul Allah hanya sebagai ajaran ibadat semata-mata, bukan mencakupi
aspek-aspek kesejahteraan hidup manusia di dunia ddan di akhirat.
Tegasnya, ajaran agama ddalam kalangan orang Melayu hanya
terbatas kepada membaca al-Quran, sembahyang dan puasa.
Menurut Za’ba kegagalan orang Melayu membela nasib sendiri
bukan kerana mereka tidak berzikir, bertasbih atau tidak takut akan seksa kubur
atau seksa dalam neraka, tetapi tidak mahu mengubah nasib mereka daripada jahat
kepadda baik. Dengan iktikad yang betul, beserta memiliki ilmu pengetahuan yang
baik, Za’ba yakin orang Islam khususnya orang Melayu akan bangkit kembali ke zaman
kegemilangan mereka seperti yang berlaku di Timur Tengah dalam abad ketujuh
tahun Masehi.
Za’ba memberi penekanan yang kuat kepada peranan akal dan
kepentingan ilmu serta pengetahuan. Hal ini menyebabkan beliau sering menyeru
masyarakat Melayu supaya berjihad dan salah satu jihad itu mengamalkan ijtihad
dan menolak amalan taklik.
Menurut Za’ba. Masyarakat Islam mestilah berijtihad kerana
itu suatu tuntutan adil dan berfaedah bagi keselamatan dan kemajuan manusia
dalam dunia yang serba maju dalam serba serbinya.
Sebaliknya, jika pintu ijtihad ditutup, bererti masyarakat
Melayu menutuo pintu kemajuan dan memaksa manusai Melayu bersifat mati.
POLITIK
Pendirian Za’ba dalam perjuangan mencapai kebebasan orang
Melayu harus memiliki ilmu dan pengetahuan yang tinggi serta kemajuan dan
kekuatan dalam pelbagai bidang. Dengan ilmu dan pengetahuan yang sesuai dengan
kehendak Islam dan tuntutan perkembangan semasa, oranng Melayu akan Berjaya
membebaskan diri dan Negara ini daripada cengkaman penjajah.
Untuk mencapai perpaduan masyarakat Melayu harus memperkuatkan
sifat rela korban dan semangat kemajuan umum. Namun pada pandangan Za’ba sifat
ini masih belum mencukupi. Beliau juga mahu orang Melayu mengintergrasikan
dalam diri mereka sifat habb’l wathan yang bermaksud cinta tanahair atau
mempunyai sikap patriotism (Abdullah Hussain dan Khalid M. Hussain, 2000:239)
Za’ba telah memulakan pelaksanaa idea penyatuan bangsa
Melayu ini dalam tahun 1921. Dalam tahun tersebut, sebagai usaha awal penyatuan
orang Melayu tertumpu kepadda pelajar-pelajar daan bekas pelajar-pelajar MCKK.
Dalam tahun tersebut, sebagai usaha awal penyatuan orang Melayu tertumpu kepada
pelajar-pelajar dan bekas pelajar-pelajar MCKK.
Dalam tahun 1923, beliau menubuhkan The Malay Literary
Association Kuala Lumpur. Persatuan ini gagal bergerak cergas kerana
kegiatannya disekat oleh pihak Inggeris.
Tetapi dengan wujudnya persatuan tersebut satu proses
penyatuan dalam kalangan anak Melayu berpendidikan Inggeris telah dimulakan.
Golongan sama akhirnya melahirkan persatuan guru-guru
Melayu. Persatuan guru-guru Melayu melalui Majalah Guru (1924) memainkan
peranan dalam kesinambungan perjuangan Za’ba menentang Inggeris.
Dalam tahun 1945, Za’ba telah dilantik menjadi Yang DiPertua
PErsatuan Melayu Selangor. Sebulan selepas perlantikan itu, timbul persoalan kerajaan
Inggeris hendak menubuhkan Malayan Union. Persatuan
Melayu Selangor di bawah pimpinan Za’ba telah mengemparkan Tanah Melayu dan
mengkagumkan dunia kerana keberaniannya menghantar sepucuk telegram bantahan
penubuhan Malayan Union kepada Setiausaha Negeri British di London.
Berikutnya, Persatuan Melayu Selangor juga terlibat dengan
aktif untuk mengadakan Kongres Melayu Se-Tanah Melayu bagi membincangkan
masalah politik bangsa Melayu. Untuk tujuan ini Za’ba telah dilantik sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur. Akhirnya kongres tersebut Berjaya diadakan
selama empat hari iaitu 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
Sebaik sahaja kongres bermula pada 1 Mac, Za’ba mencadangkan
nama Datuk Onn untuk mempengerusikannya. Cadangan ini disokong oleh Haji Abdul
Wabah (Datuk Panglima Gantang). Dalam kongres ini juga tertubuhnya UMNO. Datuk
Onn mencadangkan nama United Malay Nasional Organisation (UMNO). Nama itu
berkekalan hingga hari ini.
Za’ba telah menyediakan nama terjemahan rasmi dalam bahasa Melayu
iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang dikenali pada ketika itu
sebagai PEKEMBAR. Pada hari kedua Za’ba dilantik sebagai anggota Jawatankuasa
Penggubal Rang Piagam UMNO.
Keterlibatan Za’ba dalam mewujudkan UMNO ini dapat dianggap
sebagai puncak perjuangannya dalam memaartabatkan bangsa Melayu dan Negara.
Perjuanagn Za’ba tidak berakhir di sini sahaja. EBlaiu terus berjuang terutama
dalam bidang pendikan sehingga tertubuhnya Jabatan Persuratan Melayu di
Universiti Malaya di Singapura. Belaiu bertanggungjawab bersama Ungku Abdul
Aziz menubuhkan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya pada bulan Januari
1955.
Pada bulan September 1956 Za’ba diberi kepercayaan untuk
mengetuai Jawatankuasa Pusat Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga. Kongres
ini kemudian melantik beliau sebagai Pengerusi Lembaga Tetap Kongres.
Walaupun telah bersara dalam tahun 1958, Za’ba tetap terus
member sumbangan kepada masyarakat sebagai ahli jawatankuassa beberapa badan
yang dianggotainya. Disamping itu beliau turut memberikan syarahan ke serata di
Persekutuan Tanah Melayu.
Gelaran Pendeta
Sebelum penganugerahan gelaran ‘Pendeta’ dalam Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya Ketiga, 21 September 1956, Za’ba pada
hakikatnya telah pernah dua kali diberikan gelaran tersebut;
1.
Mulai 9 Ogos 1935, pengarang Warta Malaya
menyatakan: Seorang muda Pendeta Melayu yang termasyur, bijaksana dan terpuji…
dan karangannya itu menandai seorang anak Melayu yang berjasa mengharumkan
bangsa dan bahasa Melayu.
Mulai tarikh itu pengarang Warta Malaysa
berterusan memberi gelaran Pendeta kepada Za’ba.
2.
Pada tahun 1936, Johor Society Malay Literature juga ingin memberi gelaran
Pendeta kepada Za’ba tetapi cadangannya
ditolak oleh beliau kerana perjuangan beliau bukan untuk mencari gelaran
seumpama itu. Perjuangannya adalah untuk mengubah pemikiran manusia juga
mencapai pembangunan dan kebaikan manusia terutamanya orang Melayu.
ANUGERAH
Atas segala khidmat Za’ba telah diberikan beberapa anugerah
(ada yang ditolaknya) dan
Ijazah Kehormat
Ijazah Kehormat
1.
Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya, 1959
2.
Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan
Malaysia, 1973.
PINGAT
1.
Pingat Mangku Negara (PMN), 1958 yang membawa
gelaran Dato’ tetapi ditolak oleh Za’ba.
2.
Bintang Kebesaran Brunei, 1960, tetapi di tolak
oleh Za’ba.
3.
Pingat Mangku Negara, 1962, yang membawa gelaran
Tan Sri. Za’ba terpaksa menerimanya kerana pada beliau tidak manis menolak buat
kali kedua.
PENUTUP
Anak kelahiran Negeri Sembilan ini merupakan seorang tokoh
yang tidak ada gantinya. Za’ba adalah seorang wira tanah air. Keperwiraan Za’ba
bukan kehebatannya menggunakan senjata atau keunggulannya dalam dunia
persilatan tetapi kerana intelektualnya. Idea dan warisan intelek Za’ba hingga
hari ini masih diperjuangkan walaupun melalui cara yang berbeza.
Sepanjang hidupnya Za’ba sentiasa memikirkan bahasa dan
bangsanya tanpa mengenal letih dan tidak menghiraukan kesihatan diri dalam
memperjuangkan nasib dan masa haddapan manusia Melayu termasuk aspek-aspek
agama, kepercayaan, budaya, social, ekonomi dan politik.
Telah wujud satu mercu tanda – Teratak Za’ba di kampong
kelahirannya di Bukit Kerdas. Teratak Za’ba ini adalah satu tugu yang harus
dibanggakan di samping menjadi dorongan, galakan dan inspirasi untuk mencapai
kemajuan dan jati diri orang Melayu Malaysia amnya dan Negeri Sembilan khasnya.
Justeru, semua pihak, semua lapisan masyarakat Malaysia, tanpa mengira
keturunan, agama dan isme harus memanfaatkan terakak ini untuk kemajuan Negara
dan bangsa.
Oleh itu sesiapa sahaja yang mempunyai apa sahaja yang
berkaitan dengan Za’ba harus member sumbangan dan bantuan baik dari segi
material sama ada merupakan bahan yang bercetak atau belum dan bantuan moral
agar teratak ini dapat diisi sepenuhnya dan selengkapnya tentang siapa Za’ba.
Nota kaki,
Hal ini tidak bermakna bahawa masyarakt adat Perpatih tidak
kuat beragama. Dalam adat Perpatih, agama dan adat itu tidak dapat dipisahkan
seperti yang terkanun dalam perbilangan adat;
Adat bersendikan syarak.
Syarak bersendikan kitabullah.
Adat Linggi pula disusun berdasarkan hokum Islam dan sunnah
nabi yang meliputi 100 perkara iaitu;
- Wajib pada Allah (10)
- Mustahil pada Allah ` (20)
- Jaiz pada Allah (01)
- Lawannya (01)
- Wajib pada Rasul (04)
- Mustahil pada Rasul (04)
- Jaiz pada Rasul (01)
- Lawannya (01)
- Rukun iman (06)
- Syaratnya (10)
- Tandanya (04)
- Yang membinasakan (10)
- Rukun Islam (05)
- Syaratnya (04)
- Tandanya (04)
- Yang membinasakan (04)
- Rukun Insan (01)
Jumlah (100)
Kira-kira 5,000 buah buku milik pribadi dan naskah persuratan
yang diilhamkan dan ditulis oleh Pendeta Za’ba kebanyakannya telah diwakafkan sendiri oleh
beliau ketika hidupnya di Universiti Malaya. Khazanah dan hasil penulisannya
boleh dicari di sana.
Manakala apa yang terdapat di Teratak Za’ba ketika ini ialah
bahan artifak dan sumber terbitan yang diperolehi dari naskah di Universiti
Malaya.
Namun terdapat juga alat dan medium yang digunakan oleh
Za’ba ketika menjadi tenaga pengajar di UPSI, namun peralatan tersebut tiada
penjelasan dan butiran lengkap.
Malah, buku hasil tulisannya juga tak banyak di Dewan Bahasa
dan Pustaka dan Arkib Negara. Hanya
sekitar 95 naskah persuratan sedangkan penulisannya lebih dari jumlah tersebut.
Menjadi keazaman dan cita-cita penjawat awam yang bertugas
menjaga dan memelihara artifak di Teratak Za’ba ini agar surat asal dan
bahan-bahan asal berkaitan Pendeta Za’ba dikumpulkan di teratak ini. Bukan
sahaja ianya memberi kemudahan kepada penganalis memahami pemikiran Pendeta
Za’ba, tetapi turut menjimatkan masa contohnya, teratak terletak di Negeri
Sembilan, medium yang digunakan dan naskah ilham Za’ba berada di Perak,
Selangor dan Johor.
Malah menurut sumber yang bekerja di teratak ini, agar
sumber ini disatukan di bawah satu bumbung. Usaha ini yang diperjuangkan oleh
mereka adalah semata-mata mahu semangat Pendeta Za’ba dapat ditiupkan kepada
generasi pada hari ini umpama yang selalu dilafazkan oleh Dato’ Seri Utama Dr.
Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Sumber Lisan
1.
Encik Rahim Surip, 51 tahun
Jawatan : Pekerja Am
Berkhidmat selama 11 tahun sejak teratak
dibuka pada tahun 2001.
2.
Mohd Zain Sait, 32 tahun
3.
Jawatan : Pekerja Am
4.
Berkhidmat selama 9 tahun. Mula bertugas 2003.
Wan Salwati Hj Abdullah
Generasi Pewaris Semangat Pendeta Za'ba
Petikan Gambar : Di ambil dengan izin kakitangan Teratak Za'ba.