TRANSFORMASI menjadi agenda utama kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Apa yang dimaksudkan dengan ‘transformasi’? Soalan ini sengaja dilontarkan kerana ramai tidak memahami erti transformasi, kabur istilahnya dan gagal memahami apa yang ingin dimaksudkan Perdana Menteri mengenai transformasi yang beliau bawa.
Jika mahu dihuraikan pengertian transformasi, kita perlu meneliti akar kata atau kata dasar yang membentuk perkataan itu. Istilah transformasi adalah daripada perkataan Inggeris iaitu transformation yang dibina daripada dua kata dasar iaitu trans dan form. Trans bermaksud melintasi dari satu sisi ke sisi lainnya (across), atau melampaui (beyond), manakala kata form bererti bentuk. Jika istilah transformasi digunakan dalam bentuk kata kerja, maka kita menyebutnya sebagai mentransformasikan yang bermakna mengubah (rupa, bentuk, sifat dan fungsi) dan juga bererti mengalihkan.
Jelas, perkataan transformasi yang digunakan oleh kerajaan hari ini bukan istilah jargon yang tidak mempunyai makna signifikan terhadap kehidupan masyarakat dan negara. Ia mempunyai makna sangat luas. Jika dikaitkan kepada perubahan sistem pentadbiran negara, maka kata transformasi itu merujuk perubahan dalam pembangunan nasional yang menjadi visi dan misi pemerintahan kerajaan pada hari ini.
Ini bermakna transformasi mengandungi makna perubahan yang biasanya menyebabkan perpindahan bentuk atau corak yang jelas. Ia berlaku secara terarah dan bertahap, bukan radikal tetapi tetap mengikut perancangan, malah ada jangka masanya. Demikian, dalam usaha membangun dan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 maka agenda transformasi menjadi sangat mendesak.
Apa definisi bagi belia? belia dan remaja itu sinonim kah istilahnya? Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Terdapat beberapa istilah yang sering dikaitkan dengan remaja. Antaranya ialah awal belia, anak muda dan orang muda. Menurut Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia dalam kertas kerja “Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995), belia ialah orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun tetapi menurut Kementerian Belia dan Sukan dalam “Draf Kajian Semula Dasar Belia Negara” mentakrifkan belia sebagai “mereka yang berumur antara 15 hingga 25 tahun.” Alasannya, ia selaras dengan takrif yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan diguna pakai oleh banyak negara.
Belia sebagai pemangkin transformasi negara
Siapa kata peranan kamu sebagai seorang belia itu tidak penting? SALAH! Peranan dan sumbangan golongan belia dalam pembentukan masyarakat dan negara amat penting kerana golongan Belia bukan sahaja penting dalam populasi negara, tetapi juga dari aspek ekonomi dan politik negara kita. Generasi Belia di Malaysia melebihi 11.9 juta mewakili pelbagai peringkat umur di antara 15 hingga 40 tahun iaitu lebih daripada 50 peratus di negara ini maka perananan belia amat penting demi transformasi negara ke arah yang lebih maju.
Oleh sebab itu, para belia haruslah menggunakan masa mereka kepada yang lebih bermanfaat. Usia muda yang boleh dilentur bila-bila masa ke arah jalan yang tidak elok itu boleh merosakkan belia-belia di negara kita. Belia mempunyai peranan penting dalam menrealisasikan matlamat negara kita untuk terus berada di landasan pembangunan, keamanan dan kesejahteraan kehidupan bermasyarakat.
Bagi saya, zaman teknologi yang semakin membangun ini, semua belia haruskah lebih peka dan bersifat lebih berkepimpinan dalam menyuarakan pendapat mereka demi kemajuan negara. Alaf ini, belia seharusnya diberikan hak untuk bersuara dan ruang untuk mereka menyampaikan idea serta pendapat yang bernas untuk membantu menjana kedaulatan negara disamping membantu tranformasi negara ke arah lebih baik. Jika belia mendapat peluang seperti ini, saya yakin kemajuan teknologi masa kini tidak akan disalahgunakan oleh belia kita.
Dalam perutusan YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak Sempena Hari Belia Negara 2012;
Akhir sekali saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari belia peringkat kebangsaan kepada semua belia diseluruh negara yang telah menyambut himpunan jutaan belia pada 23 hingga 27 mei 2012. JADIKAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI...
Sekian sahaja nukilan saya, mohon maaf atas kesilapan kata. wabillahitaufik walhidayah wasalamu'alaikum warah matullahi wabarakatuh.
Salam Perjuangan
" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "
Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.