Assalamualaikum wth,
Kesedihan dan perasaan hiba dengan apa yang berlaku dua hari lalu masih menyelubungi diri ini. Mudah-mudahan segala ketentuan Allah SWT di ambil ikhtibar dengan penuh rasa insaf dan tunduk.
Pagi semalam, saya meluangkan masa menziarah keluarga Encik Banee Yamin, 35 tahun di rumahnya. Segala persiapan dirancang dengan sebaik mungkin. Masyarakat prihatin mula berkumpul sejak pagi untuk bersama-sama memberi sokongan moral dan semangat kepada keluarga ini.
Setelah terlibat dengan pengurusan menyelesaikan jenazah adik Nurdamia Husnina, sempat saya menziarah dan melawat Encik Banee Yamin yang masih terlantar. Turut ada ketika menziarah, DSU Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar. Beliau sejak malam sebelumnya tidak satu saat pun lepas tangan bagi memastikan layanan sempurna buat mangsa yang terlibat dengan kejadian yang tidak di sangka-sangka.
Hati kecil berkata, pemimpin ini.. "adakah kejujuran yang tidak ditunjukkan, namun terlihat.. tetapi masih ada lagi ruang-ruang kecil yang dihiris oleh mereka yang dangkal akal fikiran. Seperti pandangan DSU Menteri Besar kepada mereka yang dengkel akal dengan 1 istilah 'MISKIN MINDA'. Masya Allah, hanya Allah SWT yang mengetahui zat tersembunyi dan perasaan pemimpin ini. Semoga Allah sentiasa melindungi beliau daripada hasad dengki, musuh yang khianat. Kerana sesuatu yang berlaku ada rahsianya.
Bersama-sama dengan lawatan dan ziarah ini, YM Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan. Beliau seorang wanita prihatin dan insan yang paling hampir buat DSU Menteri Besar. Saya sentiasa bersama beliau dan melihat beliau menenangkan suami berhadapan dengan situasi seumpama ini.
Benarlah kata orang, kekuatan seorang lelaki ialah terdapatnya seorang wanita penyayang, wanita sebagai sumber inspirasi, wanita sebagai pencetus semangat, wanita sumber kekuatan dan pelbagai lagi.
Ketika kedengaran suara-suara sumbang dari yang lain, saya dapati isteri Menteri Besar ini sentiasa memberi kata positif dan semangat buat DSU Menteri Besar Negeri Sembilan.
Sementelaah, ada terbuku di hati saya melihat gelagat masyarakat yang hadir dan menziarah ke rumah Encik Banee Yamin. Jika anda dipihak pembangkang, anda hadir menziarah dengan menunjukkan rasa simpati dengan kejadian yang menimpa amat kita sanjung dan ucap terima kasih.
Namun kenapa selepas itu boleh kedengaran suara-suara sumbang mengatakan kemalangan tersebut berlaku di atas kelalaian dan kesilapan Kerajaan Negeri? Jangan nanti pembangkang malu sendiri.
Selama ini kami di pihak pendokong kerajaan negeri dan Barisan Nasional melihat usaha gigih yang dijalankan oleh DSU Menteri Besar dan barisan EXCO menjalankan tugas dengan terbaik mungkin.
Baru-baru ini terkeluar di akhbar pembangkang, yang menyatakan segala pembangunan yang sedang rancak di negeri ini merupakan usaha mereka, sedangkan yang berfikir untuk itu semua sudah tentu kerajaan BN yang mentadbir dan berpengalaman selama lebih setengah abad ini.
Pembangkang, sudah-sudahlah membina isu untuk mendapat populariti murahan. Masyarakat umum sudah mengetahui siapa wajah pembangkang di negeri ini. Dan saya adalah pengundi di kawasan yang dimenangi pembangkang. Tidak satu usaha pun yang anda lakukan dan laksanakan melainkan ceramah maki hamun yang akhirnya pada PRU13 ini, akan mencengkam parti anda sendiri.
Barisan Nasional diyakini pulih keseluruhannya dan saya sebagai barisan hadapan di Bahagian Seremban, akan memastikan kerusi yang kalah pada PRU12 akan kembali kepangkuan BN. Insha Allah.